::Miss Spy::
Siwon's Wifey!



Entries Profile Linkies Mr.Simple

Annyeonghaseyo dan Assalammualaikum. Welcome to my blog, chinggu. Please behave yourself here. Thankyu!


Go~Ma~Wo!

Basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Others: ? ? ?


Selamat Hari Raya



Di bulan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin" kepada sesiapa sahaja terutamanya keluarga dan kawan-kawan saya. Maafkan salah silap saya andai kata saya terkasar bahasa atau pernah menguris hati sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Di bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Cepatnya masa berlalu pejam celik pejam celik lagi tiga hari kita akan menyambut perayaan "Hari Raya Aidilfitri" dan kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ramadhan bulan yang sangat mulia ini. Andai umur panjang akan kita bertemu lagi bulan Ramdhan pada tahun depan dan semoga bulan Ramdhan akan datang lebih baik dari sebelum-sebelumnya. Hari ini cuti sekolah telah bermula dan bermulanya kesesakan lalu lintas di sepanjang highway. Kereta di highway seperti semut sebab terlalu banyak dan terlalu sesak. omo! macam mana lah nak balik Johor esok dalam keadaan sesak ni. Sedihnya tahun ni sebab raya pertama beraya tanpa ibu dan ayah. Wah so sad sebab ibu tak dapat cuti dan terpaksa balik petang raya. Dua kali berturut-turut beraya tanpa ibu ayah dan seperti biasa dah empat tahun beraya tanpa abang tercinta. Eh yeke empat tahun? Alamak dah lupa pula. Abang oh abang, bila nak balik beraya dekat Malaysia? Best sangat ke beraya dekat luar negara tu? Atau dah lupa tanah tumpahnya darahmu? omo! apa aku mengarut pula ni. Okay akhir kata, saya Nawal Norshafika Binti Md.Nor dan seisi keluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin".



Hello kpoppers, mesti semua orang tahu kan yang B1A4 dan A Pink akan terjah Malaysia bulan September ni. Omo! saya nak pergi tapi pass tak beli lagi untuk fans meeting tu. Murah sangat-sangat harganya sebab RM150 (free album dan poster). Esok sesudah subuh nak call Jazzy Group dan harap-harap still ada kekosongan lagi sebab limit 400 orang sahaja. Nasib baik lah tiba-tiba terniat nak buka laman web Jazzy Group kalau tak mesti tak tahu yang B1A4 ada buat high-five session. Baro-ahh, wait for me. Harap-harap still ada kekosongan untuk dua orang, please untuk dua orang sahaja. Ramainya artis k-pop datang terjah Malaysia tahun ni, mula-mula U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet sempena Hari Belia. Lepas tu, Block B terjah KWC pada tarikh yang sama dengan Teen Top untuk perasmian pembukaan KWC dan Showcase B.A.P. Akan datang, T-ARA dan Big Bang buat konsert bulan Oktober ni. Omma, saya nak pergi konsert Big Bang. Boleh tak? Saya nak jumpa my baby G-Dragon lah omma. Maybe tak ada rezeki nak pergi konsert Big Bang sebab bulan Julai hari tu baru pergi Showcase B.A.P. Mungkin tahun depan kot baru dapat pergi sebab dengar khabar angin Infinite akan terjah Malaysia. Wah bestnya sebab dapat jumpa semua artis k-pop. Okaylah, sampai di sini sahaja leteran saya dan assalammualaikum.